fb fb fb fb fb

Datuk Seri Bung Moktar dan isteri diarah bela diri kes rasuah RM2.8 juta

KUALA LUMPUR, 2 September - Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Bung Moktar yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA dan Zizie Izette.

Mahkamah turut menetapkan perbicaraan 14 hari bermula 23 September ini.

(Mahkamah menetapkan perbicaraan 14 hari bermula 23 September ini.)

Sejurus selepas keputusan, pihak pembelaan menuntut untuk memanggil lapan saksi termasuk tertuduh pertama iaitu Datuk Seri Bung Moktar

Manakala, tertuduh kedua, Datin Seri Zizie Izzete akan turut memanggil dua saksi termasuk dirinya.

Pada 17 Mei lepas, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau 10 ribu ringgit mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Media Baharu