JOHANNESBURG, 21 November -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan senaskhah Al-Quran cetakan khas serta 24 lagi naskhah Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris kepada komuniti Islam, di sini.
Beliau berkata, ia adalah sebagai tanda penghargaan selain menjadi kegunaan serta rujukan masyarakat setempat.
Terdahulu beliau menunaikan Solat Jumaat bersama delegasi Malaysia di Masjid Houghton, di sini dan meluangkan masa beramah mesra dengan jawatankuasa masjid serta jemaah yang hadir.
Katanya, sambutan penuh adab, hormat dan ukhuwah mengingatkan bahawa Islam sentiasa menyeru kepada kebaikan, kasih sayang dan persaudaraan merentasi sempadan bangsa dan negara.
Perdana Menteri turut meletakkan harapan agar hubungan baik ini terus diperkukuh atas dasar kebaikan, ihsan dan keindahan ajaran Islam.