KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-270 di Istana Negara, pagi tadi.
Dalam mesyuarat tersebut, beliau telah telah menyembah maklum beberapa perkembangan semasa termasuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada akhir bulan ini, selain persiapan Belanjawan 2026.
"Saya turut menyembah maklum kepada MRR mengenai kehadiran Presiden Donald Trump dan pendirian Malaysia berkenaan cadangan Pelan Damai Gaza", ujar Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di Facebook.
"MRR ke-270 akan dipengerusikan oleh DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Daulat Tuanku!