fb fb fb fb fb

PM Pengerusi Mesyuarat MB, Ketua Menteri fokus usaha perkukuh kerjasama

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim/ PMO

KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-147 di Putrajaya, hari ini.

Datuk Seri Anwar memaklumkan mesyuarat tersebut menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama.

"Diharap segala keputusan dan perancangan yang dibentuk akan membawa manfaat langsung kepada rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan", katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

ROSLINA BINTI DIN