fb fb fb fb fb

JKKP selesai siasatan insiden kebocoran paip gas di Kerteh

Foto IPK Terengganu

KEMAMAN, 7 Oktober – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengesahkan siasatan berhubung kejadian kebocoran paip gas di Kerteh, Kemaman telah selesai dijalankan pada Isnin.

Ketua Polis Terengganu, Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata hasil siasatan JKKP telah diserahkan kepada pihak pengurusan Petronas untuk tindakan susulan bagi kerja-kerja pembaikan dan pemulihan paip gas yang terjejas.

0710 TRG POLIS PAIP GAS 2Foto IPK Terengganu

“Penugasan kawalan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi kejadian turut ditamatkan pada 6 Oktober 2025, pukul 4 petang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, semua pihak terlibat kini memberi tumpuan kepada proses pemulihan kawasan yang terjejas bagi memastikan keselamatan komuniti dan operasi industri di sekitar Kerteh dapat diteruskan seperti biasa.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN