fb fb fb fb fb

PM sampai sumbangan kepada ibu tunggal di Semambu

FOTO FB FARHAN FAUZI

KUALA LUMPUR, 1 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal Wong Kim Keow, di Semambu, Pahang.

Sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, sekali gus membantu meringankan beban keluarga wanita tersebut.

“Di sebalik wajah tenang itu, tersimpan cerita perjuangan seorang wanita yang tidak pernah mengalah, biarpun ujian hidup datang silih berganti.

“Bagi pihak Perdana Menteri, saya hulurkan sumbangan tunai dan bakul makanan untuk meringankan beban beliau sekeluarga. Namun yang lebih utama, adalah rasa kebersamaan dan sokongan moral agar beliau tahu, perjuangan ini tidak pernah bersendirian,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Datuk Ahmad Farhan berkata menerusi semangat Ziarah MADANI itu, ia bukan sekadar menyantuni golongan memerlukan, tetapi juga menyalakan kembali harapan agar mereka terus tabah menghadapi dugaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM