PM rakam penghargaan Sambutan Pesta Kaamatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melawat rumah suku Kaum Murut Tenom selepas Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 / foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 5 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Sambutan Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu, termasuk barisan Jemaah Menteri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Sambutan Pesta Kaamatan termasuk barisan Jemaah Menteri.
  • Perdana Menteri menyentuh pemberian bantuan interim sebanyak RM1.5 bilion kepada Kerajaan Negeri Sabah.
  • Beliau memaklumkan akan menghadiri Sambutan Hari Gawai di Sarawak pada 21 Jun.
  • Pengumuman penerusan baucar buku MADANI RM100 untuk pelajar menengah dan mahasiswa IPTA serta IPTS, menjangkakan manfaat lebih dua juta.

Menurut Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai pemberian bantuan interim berjumlah RM1.5 bilion kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Dalam masa sama, beliau berkata Datuk Seri Anwar memaklumkan beliau akan menghadiri Sambutan Hari Gawai di Sarawak pada 21 Jun ini.

“Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan serta rasa bangga terhadap kejayaan penganjuran Pesta Buku di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, baru-baru ini,” katanya  pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, antara perkara yang diumumkan dalam program berkenaan ialah penerusan inisiatif baucar buku MADANI bernilai RM100 kepada pelajar sekolah menengah serta mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Inisiatif itu dijangka memanfaatkan lebih dua juta pelajar di seluruh negara dalam mendapatkan bahan bacaan dan rujukan akademik berkualiti, sekali gus memupuk budaya membaca dalam kalangan generasi muda.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.