17 program, perkhidmatan percuma buat Petaling Jaya

Datuk Mohamad Zahri Samingon

PETALING JAYA, 5 Jun – Sebanyak 11 program utama dan enam perkhidmatan percuma akan ditawarkan kepada orang ramai sepanjang Festival Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang berlangsung dari 16 hingga 21 Jun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sambutan mengiktiraf kejayaan Petaling Jaya, memperkukuh semangat kebersamaan dan komitmen ke arah bandar raya mampan.
  • Pelbagai acara termasuk PJ Learning City dan PJ Digital, program kelestarian, festival makanan serta aktiviti komuniti.
  • Kemuncak acara di Laman MBPJ dengan perarakan komuniti, persembahan kebudayaan dan pertunjukan bunga api.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Zahri Samingon berkata, sambutan itu bukan sahaja mengiktiraf pencapaian Petaling Jaya sebagai bandar raya maju dan mampan, malah bertujuan menggalakkan penglibatan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti komuniti.

“Sambutan itu bukan sekadar mengimbau sejarah pembangunan bandar raya berkenaan, malah memperkukuh semangat kebersamaan serta komitmen ke arah masa depan yang lebih mampan, pintar dan berdaya tahan.

“Orang ramai boleh menikmati enam perkhidmatan percuma sepanjang sambutan berkenaan termasuk tempat letak kereta, keahlian Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya serta agihan anak pokok, baja kompos organik dan bahan pembunuh jentik-jentik, abate,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Prapelancaran Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 dan Perhimpunan Warga Kerja MBPJ di sini.

Antara tarikan utama ialah PJ Learning City Festival 2026, PJ Digital 2026, program kelestarian alam sekitar, festival makanan dan pelbagai aktiviti komuniti.

Kemuncak sambutan akan berlangsung pada 20 Jun di Laman MBPJ dengan perarakan komuniti, persembahan kebudayaan dan pertunjukan bunga api.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.