fb fb fb fb fb

PM nafi bubar Parlimen atas desakan UMNO

SHAH ALAM, 13 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan terdapat desakan daripada UMNO yang membawa kepada pembubaran Parlimen.

Jelas beliau keputusan berkenaan dibuat selepas meneliti tarikh dan waktu yang sesuai.

“Kalau ikut pandangan daripada parti dah lama saya bubar Parlimen, tengok masa pilihan raya Johor yang kata bubar, setiap kali perhimpunan pun sebut bubar.

UMNO dah lama cakap soal pembubaran, cuma masa tak sesuai dan saya pun masih belum rancang lagi dari segi tarikh tepat, tetapi apabila ada isu berkaitan dan saya nampak tak boleh nak teruskan lagi, jadi saya bubarkan," katanya yang menjawab pertanyaan sama ada pembubaran Parlimen dibuat atas desakan parti berkenaan.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Tambah beliau, keputusan itu juga susulan keabsahan kerajaan dipersoal.

Sehubungan itu, pilihan raya akan memberi ruang kepada rakyat memilih kerajaan yang dikehendaki.

Media Baharu