fb fb fb fb fb

Diari Psikologi dedahkan kakitangan tentang penjagaan kesihatan mental

(Datuk Che Roslan Program Diari Psikologi antara inisiatif RTM memberi
pendedahan tentang kaedah penjagaan mental yang berkesan)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- RTM prihatin terhadap kesihatan mental kakitangannya dalam menjalankan tugas seharian.

Program Diari Psikologi antara inisiatif RTM memberi pendedahan tentang kaedah penjagaan mental yang berkesan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud berkata, program bersempena Hari Mental Sedunia itu juga bagi menghargai tenaga kerja dan memastikan kesihatan mental terjaga.

"RTM telah mengambil peluang ini, supaya memastikan warga RTM semua dapat, mendapat maklumat ataupun informasi yang boleh dimuat naik di dalam diari psikologi supaya dapat dikongsi oleh semua warga RTM.

"Mudah-mudahan dengan fasiliti yang kita gunakan ini, dapat memberi peluang kepada warga RTM sendiri, untuk mencari langkah ataupun perkara yang boleh kita kurangkan tekanan bekerja kita, depresi kita. boleh diguna pakai," kata Che Roslan selepas melancarkan Program Diari Psikologi di, Wisma Radio, Angkasapuri, di sini.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian Bulan Kesihatan Mental Sedunia anjuran Bahagian Pembangunan Strategik dan Unit Psikologi RTM.

(Diari Psikologi dedahkan kakitangan tentang penjagaan kesihatan mental)

Media Baharu