fb fb fb fb fb

Permohonan undi pos PRK Dun Bugaya dibuka

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 13 Oktober- Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah, mula dibuka hari ini.

Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan tarikh tutup permohonan akan diumumkan selepas Mesyuarat Khas Urusan.

Permohonan secara manual bagi Kategori 1A melibatkan Petugas Pilihan Raya, Ahli atau Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera dan Petugas Media.

Pemohon perlu menggunakan Borang 1A yang dimuat turun daripada portal rasmi SPR https://www.spr.gov.my dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan.

Kategori 1B pula melibatkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara manakala kategori 1C ialah agensi atau organisasi.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian.

(Permohonan undi pos PRK Dun Bugaya dibuka)

Media Baharu