fb fb fb fb fb

PM merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Jun- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah serta menzahirkan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-83, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di Facebook turut mendoakan Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

"Daulat Tuanku", katanya.

 

ROSLINA BINTI DIN