PM lulus RM200,000 tingkat kemudahan asas IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA

JOHOR BAHRU, 24 April- Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi meningkatkan kemudahan asas di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kehadiran Perdana Menteri memastikan kemudahan IPG diputuskan mengikut keperluan semasa bagi keselesaan pelajar.
  • Sebarang keperluan tambahan akan diperincikan melalui perbincangan lanjut bersama Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • Kerajaan terbuka mengkaji cadangan elaun praktikal bagi siswa guru, pelaksanaan perlu selaras kapasiti kewangan semasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa sebarang keperluan tambahan lain akan diperincikan menerusi perbincangan lanjut bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Kehadiran saya di sini adalah bagi memastikan segala kemudahan di IPG Kampus Temenggong Ibrahim dapat diputuskan mengikut keperluan semasa.

“Saya meluluskan peruntukan bagi kemudahan asas demi keselesaan pelajar, selain akan berbincang dengan menteri (KPT) untuk menambah keperluan lain yang berkaitan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri bersama warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan elaun praktikal bagi siswa guru, Datuk Seri Anwar menegaskan pihaknya terbuka untuk mengkaji perkara itu.

Namun, pelaksanaannya perlu disesuaikan dengan kapasiti kewangan semasa.