fb fb fb fb fb

PM lega Malaysia diberi penangguhan tarif

Datuk Seri Anwar diiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof semasa hadir Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini / BERNAMA

PUTRAJAYA, 10 April- Malaysia antara negara yang diberikan penangguhan tarif import, satu keputusan yang disambut baik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, penangguhan itu memberikan kelegaan kepada Malaysia.

"Malaysia terlibat, melegakan sebentar," katanya ringkas.

Anwar ditemui media dalam Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan penundaan pelaksanaan tarif import selama 90 hari terhadap kira-kira 60 negara mitra dagang AS.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE