fb fb fb fb fb

PM lancar buku ahli ekonomi terkenal China

Datuk Seri Anwar Ibrahim bertukar pandangan dengan Dr Yan Lijin sempena pelancaran buku di Beijing. - Foto BERNAMA

BEIJING, 2 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku karya usahawan, ahli ekonomi dan sarjana terkenal China, Dr Yan Lijin ketika menghadiri pertemuan perniagaan bersama pelabur dan pemimpin perniagaan di Beijing.

Buku berbahasa Cina berjudul Malaysia, Truly Asia: A Country That Captivates the Heart itu turut memuatkan kata pengantar yang ditulis sendiri oleh Perdana Menteri.

Dalam kata pengantar itu, Datuk Seri Anwar menegaskan Dr Yan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan antara China dengan negara-negara lain, termasuk Malaysia.

Beliau berkata, pengiktirafan Dr Yan terhadap nilai, budaya dan visi pembangunan Malaysia mencerminkan kasih sayang yang mendalam terhadap negara ini.

“Pengukuhan pertukaran antara Malaysia dan China akan membolehkan kedua-dua negara bekerjasama rapat membuka lebih banyak peluang serta menangani cabaran masa hadapan,” katanya.

TUN JULIA MOHD TAHIR