fb fb fb fb fb

Fasa pembangunan Kota MADANI selesai jalani makmal kajian nilai - Dr Zaliha

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 2 September - Fasa pembangunan Kota MADANI di Presint 19, Putrajaya kini selesai menjalani makmal kajian nilai atau "Value Assessment (VA) Lab".

Ia bagaimanapun perlu melalui proses seterusnya iaitu pembentangan kepada Jawatankuasa Pemandu Kerjasama Awam - Swasta sebelum dikemukakan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dalam sesi penggulungan RMK13 kementeriannya berkata, ia dijangka dibentangkan pada Oktober depan.

Ia juga sebagai Memorandum Jemaah Menteri daripada Jabatan Perdana Menteri, iaitu pra-syarat untuk semua program perkongsian awam - swasta (PPP) atau inisiatif kewangan swasta (PFI).

“Konsep pembangunan bandar padat berintegrasi tinggi ini akan menjadi nukleus MADANI untuk diaplikasikan juga di kota-kota lain seluruh negara," katanya.

Beliau menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Senator Datuk Ros Suryati Alang berhubung pembangunan Kota MADANI yang dinyatakan sebagai peneraju pembangunan bandar pintar dan rendah karbon di rantau ASEAN.

Tambahnya, sistem pengangkutan awam turut dirancang untuk menghubungkan Kota MADANI ke Presint utama kerajaan iaitu Presint 1 sehingga Presint 5 khusus bagi kegunaan penjawat awam.

Trainee