fb fb fb fb fb

PM Kemboja adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok

Raptai penuh istiadat sambutan rasmi berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pagi tadi.

PUTRAJAYA, 25 Februari- Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia esok.

Beliau dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi.

Raptai penuh istiadat sambutan rasmi berlangsung di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi.

Dalam lawatan kerja sehari itu, Manet akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan sidang media bersama.

Manet juga akan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Anwar.

Pada sebelah petang pula, Manet dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum mengadakan sesi kunjung hormat di Parlimen.

Manet juga akan menghadiri Forum Perniagaan Malaysia-Kemboja yang dianjuran Dewan Perniagaan Kemboja dan Majlis Perniagaan Malaysia di Kemboja.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM