fb fb fb fb fb

IQRA buka kelas Fardhu Ain di Parlimen Kangar Mac depan

Program Gotong Royong Perdana di Pusat IQRA Kangar

KANGAR, 25 Februari- Pertubuhan Akademi Al-Quran Antarabangsa (IQRA) akan membuka Kelas Asas Fardhu Ain khusus kepada pelajar sekolah rendah bagi kawasan Parlimen Kangar yang dijangka beroperasi mulai Mac depan.

Bagi sesi itu, seramai 100 pelajar akan dipilih bagi mengikuti Kelas Asas Fardhu Ain yang kebiasaan dilaksanakan di sekolah, namun IQRA mengambil inisiatif mewujudkan sebuah pusat pengajian berpusat di Kangar.

Menurut Penaung Pertubuhan Akademi Al-Quran Antarabangsa, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, seramai 20 pelajar akan dipilih mewakili setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen Kangar bagi mengikuti pengajian KAFA yang dikendalikan tiga orang tenaga pengajar.

"Pusat serba lengkap ini dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk surau, ruang makan, asrama dan perpustakaan yang bakal memberi keselesaan kepada pelajar yang bakal mengikuti pengajian KAFA.

"Ia diharap mampu menyemai nilai, ilmu dan penghayatan ilmu Fardhu Ain dan Al-Quran dengan lebih berkesan kepada setiap pelajar,"katanya.

Beliau memaklumkannya pada Program Gotong Royong Perdana bersama 100 peserta terdiri daripada kakitangan Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa pelajar Kolej Vokasional Kangar dan UniMAP membersihkan Pusat IQRA Kangar.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE