JOHOR BAHRU, 25 Februari- Lebih 20 juta pelancong domestik dan antarabangsa disasar ke Johor tahun ini.
Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim berkata fokus akan diberi terhadap aspek promosi produk dan pusat pelancongan untuk menarik kehadiran pelancong.
Antara program pelancongan akan dilaksanakan pada tahun ini adalah Majestic Johor Festival 2024, yang menawarkan produk tempatan.
Tambahnya, pelbagai karnival budaya dan warisan Johor juga akan dilaksanakan.
"Sebab itu kita cakap untuk membolehkan kita mendapatkan lebih pelancong, kita perlu lebih promosi. Sekarang pun Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dari Johor. Jadi saya yakin orang luar mesti nak datang ke Johor, nak lihat apa sebenarnya budaya dan warisan yang ada dalam negeri Johor," katanya kepada pemberita di sini.
Tahun lalu, Johor merekod kehadiran 15 juta pelancong domestik dan antarabangsa.