(POSTER CAEXPO 20)
KUALA LUMPUR, 16 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan Lawatan Kerja sehari ke Republik Rakyat China (RRC) esok.
Ia bagi memenuhi jemputan rakan sejawatnnya dari republik itu, Li Qiang untuk menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20 di Nanning. Wilayah Guangxi.
Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan semasa Majlis Perasmian CAEXPO dan China-ASEAN Business and Investment Summit (CABIS), bersama Li Qiang dan pemimpin ASEAN yang lain.
Beliau turut akan merasmikan 'Astaka Malaysia' semasa ekspo tersebut.
Jadual padat beliau akan diteruskan dengan mesyuarat dua hala Malaysia China yang akan membincangkan status hubungan dua hala Malaysia-China dan bertukar- tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Pada tengahari, Datuk Seri Anwar akan menghadiri Makan tengah hari yang dihoskan Li Qiang.
CAEXPO merupakan acara pameran antarabangsa terbesar yang dianjurkan oleh RRC dan ASEAN, yang berfungsi sebagai platform bagi ahli perniagaan dan perusahaan dari rantau ASEAN.
Ia peluang untuk meneroka kerjasama serta mempromosikan produk di kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia dan Malaysia telah menyertai Ekspo in sejak penubuhannya pada 2004.
Sebanyak 107 syarikat Malaysia menyertai Ekspo tersebut di bawah Astaka Malaysia pada Kali ini yang dikoordinasikan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Sektor perkhidmatan; makanan dan minuman; kesihatan dan kesejahteraan; gaya hidup, dan produk hijau antara yang mengambil bahagian dalam CAEXPO 20.
(Datuk Seri Anwar Ibrahim)