fb fb fb fb fb

Sektor halal mampu tingkat eksport Malaysia

(Sekitar kemeriahan pameran MIHAS 2023)

 KUALA LUMPUR, 16 September- Sektor halal dilihat sebagai sektor yang mampu meningkatkan eksport Malaysia.

Menurut Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, antara industri dalam sektor halal yang dilihat berpotensi besar termasuk farmaseutikal, kosmetik, perkhidmatan dan pelancongan.

"MATRADE ini kepada semua yang membabitkan perdagangan luar negara dan salah satunya adalah sektor halal.

"Jika dahulu, sektor halal hanya tertumpu kepada F&B (pengurusan makanan dan minuman", tetapi sekarang bercambah menjadi hampir 13,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Anugerah MIHAS 2023 di ibu negara.

Menurut beliau lagi, sektor halal merupakan sektor yang semakin berkembang pesat dan mempunyai ruang dan peluang menembusi pasaran antarabangsa.

MIHAS pada tahun ini memberi penekanan yang khusus kepada agenda membantu pemain tempatan dan antarabangsa melihat kepada inovasi dan inisiatif mampan dalam menerajui pertumbuhan yang kukuh bagi ekonomi halal.


(Pengerusi MATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican)

Media Baharu