NANNING, 16 September- Ekspo China ASEAN ke-20 (CAEXPO) di China ketika ini turut membahaskan bidang pendidikan serta kemahiran.
Pertukaran kepakaran menjadi tunjang utama perbincangan dalam meningkatkan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Guang Xi International Business Vocational Collage.
Revolusi bidang pendidikan merupakan cabaran utama dalam mempelopori pelbagai sektor termasuk keusahawanan.
Ia akan menerapkan akademik dan kemahiran selaras dengan hasrat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi KPM untuk menjadikan pelajar berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Bagi Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (KPM) Zulkernaik Fauzi yang ditemui RTM, "kolaborasi ini termasuk e-perdagangan yang banyak dilaksanakan secara dalam talian. Kita juga ingin pelajar kita didedahkan dengan elemen keselamatan siber."
Sementara itu menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Kurikulum TVET Hafidzah Omar, "kami juga mendidi pelajar untuk menjadi usahawan. Jadi melalui ekspo ini kita sebenarnya dapat meneroka peluang melalui peserta-peserta selain menjadikan mereka sebagai rakan kongsi."
Jalinan kerjasama antara China-Malaysia membuktikan kerajaan terus komited mempelbagaikan kemahiran di samping mengurangkan sumber tenaga kerja dari negara luar.
Bagi Timbalan Pengarah Tang International Educatioan Group Malaysia Tan Yu Chyan, "kita boleh menghantar cikgu atau pelatih institusi TVET Malaysia ke China untuk latihan jangka pendek dalam masa dua minggu hingga tiga bulan.
"Kerjasama jangka panjang boleh dilaksnakan dengan menghantar peljar kita untuk melanjutkan pengajian mereka selama setahun di China," katanya.
CAEXPO 20 pastinya menjadi pentas untuk pertukaran idea bagi melahirkan pelajar kemahiran TVET setanding dengan kehendak pasaran semasa.
(Foto hiasan)