KUALA LUMPUR, 4 November -Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi bertanya khabar serta mendoakan kesihatan serta kesejahteraan beliau.
“Baginda dengan penuh takzim bertanya khabar dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan saya. Menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Tuanku,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Datuk Seri Anwar turut mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Pada Ahad, Perdana Menteri dilaporkan terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang pada saat akhir atas nasihat pasukan perubatan setelah mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan beliau terbatas.