fb fb fb fb fb

PM jumpa Presiden Vietnam, pensijilan halal antara tumpuan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Vietnam Vo Van Thuong/BERNAMA

CALIFORNIA, 17 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Vietnam, Vo Van Thuong dan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang berlangsung di San Francisco.

Melalui pertemuan dengam Presiden Vietnam, kedua-dua negara bersetuju meningkatkan kerjasama dalam isu tangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia.

Selain itu, Vietnam meminta Malaysia untuk membantu soal produk halal terutamanya untuk mendapatkan pensijilan halal.

Perdana Menteri turut menjemput Vo Van mengadakan lawatan rasmi ke negara ini.

Sementara itu, dalam pertemuan dengan Presiden Peru, Malaysia diminta membuka pejabat di sana bagi memudahkan urusan pensijilan halal membabitkan produk Peru.

Malaysia turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Peru kerana menyelamatkan 43 rakyat negara ini yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan eksploitasi pekerja.

Selaku Pengerusi APEC 2024, Presiden Peru turut menjemput Datuk Seri Anwar melawat negara itu pada tahun depan, selain membuka peluang kepada syarikat Malaysia untuk melabur.

ROSLINA BINTI DIN