fb fb fb fb fb

PM Ismail Sabri dukacita insiden menimpa Abe, doakan bekas PM Jepun itu segera pulih

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

ANKARA, 8 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdukacita dengan insiden yang menimpa Shinzo Abe hari ini.

Bagi pihak seluruh kerajaan dan rakyat Malaysia, beliau mendoakan agar bekas Perdana Menteri Jepun itu segera pulih.

"Berita tentang kejadian ini amat mendukacitakan. Beliau (Shinzo Abe) telah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan, dilaporkan Shinzo Abe masih dalam keadaan kritikal.

"Saya mewakili kerajaan Malaysia mendoakan Shinzo Abe segera pulih seperti sedia kala," kata beliau ketika bercakap kepada media di sini, sebelum mengakhiri lawatan rasmi empat harinya ke Turkiye.


(Foto FB Ismail Sabri Yaakob)

Pada Mac lalu, Ismail Sabri menerima lawatan Abe ke Malaysia bagi memperingati ulang tahun diplomatik ke-65 Malaysia-Jepun dan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur pada satu majlis makan malam.

Abe dilaporkan ditembak ketika sedang berucap pada satu majlis di bandar Nara, barat Jepun.

Media Baharu