fb fb fb fb fb

PM: Industri tekstil negara berpotensi besar 

LONDON, 11 Mei - Industri tekstil Malaysia, khususnya fabrik unik dan kreatif seperti tenunan serta batik berpotensi besar untuk membawa negara ke persada antarabangsa dan menjadi komoditi menguntungkan.

Perdana Menteri melahirkan keyakinan industri negara seperti Tenun Pahang Diraja, batik, songket dan tekat berdaya maju untuk diketengahkan pada mata dunia.


"Saya percaya jika di buat promosi besar-besaran di London ia mungkin akan menarik bukan sahaja masyarakat local bahkan pelancong yang datang ke London berpeluang dan dapat melihat sendiri melihat sendiri tenunan dan membeli tenunan ini," katanya di sini.

Datuk Seri Ismail Sabri, yang tiba di ibu negara United Kingdom pada awal pagi Selasa, melawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang diadakan buat julung kalinya di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri serta delegasi dan kemudian melawat Pameran Tenun Pahang Diraja.


(Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri)

Datuk Seri Ismail Sabri, yang merupakan Ahli Parlimen Bera, bangga dengan sambutan memberangsangkan Pameran Tenun Pahang Diraja ‘menyulam harapan’ sempena Minggu Kraf London kerana melibatkan hasil kreativiti penghuni Penjara Penor dan Bentong, Pahang.

Program seumpamanya boleh ditambah baik termasuk dari segi latihan dan kemahiran serta mendapat sokongan orang ramai.

Merujuk cadangan kerajaan Pahang untuk menubuhkan pusat tenunan di Pekan, Perdana Menteri percaya lebih banyak pendidikan latihan teknikal dan vokasional dalam industri tekstil negara akan dapat diwujudkan.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak institut latihan berkaitan industri tekstil negara akan diwujudkan pada masa depan.

Selepas kunjungan ke pameran ini, Perdana Menteri yang diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Zakri Jaafar, telah menyertai majlis menyambut hari raya adil fitri bersama Keluarga Malaysia di London, sebelum berlepas ke Washington.

Media Baharu