fb fb fb fb fb

Peperiksaan semester 3 STPM 2021, ulangan semester 2 dipinda ke tarikh baharu

PUTRAJAYA, 11 Mei - Peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 dan Ulangan Semester 2 STPM 2021 telah dipinda ke tarikh baharu.

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), tarikh baharu peperiksaan Semester 3 STPM 2021 adalah 25 dan 26 Mei serta 13 hingga 15 Jun, manakala peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 adalah 16, 20, 21 dan 22 Jun.

MPM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 sebelum ini dijadualkan pada 18, 19, 24 dan 26 Mei, manakala peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 pula pada 13, 14, 15 dan 16 Jun.


(Foto fail)

Kalendar Peperiksaan STPM Kohort 2021, Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang telah dikemas kini pada 9 Mei lepas boleh dimuat turun melalui portal MPM di www.mpm.edu.my.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui telefon di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665. 

Media Baharu