JAKARTA, 29 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Merdeka, Jakarta pagi ini bagi menghadiri Rundingan Tahunan ke-13 Malaysia-Indonesia.
Ketibaan Datuk Seri Anwar kira-kira pukul 10.10 pagi waktu tempatan disambut Presiden Indonesia, Probowo Subianto.
Kedua-dua pemimpin kemudian menghadiri sesi bergambar sebelum menghadiri mesyuarat secara bersemuka empat mata.
Perdana Menteri dan Presiden Probowo dijangka menyaksikan upacara pertukaran empat Memorandum Persefahaman (MoU) dalam sektor sempadan darat, bidang kerjasama kesihatan serta teknologi maklumat dan komunikasi.
Satu kenyataan bersama akan dikeluarkan hasil daripada Rundingan Tahunan Ke-13 ini.