fb fb fb fb fb

Agong berkenan terima sembah taklimat RMK13

YDP Agong, Sultan Ibrahim berkenaan menerima taklimat mengenai RMK13 di Istana Negara, hari ini - Foto Istana Negara

KUALA LUMPUR, 29 Julai - Menjelang pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Khamis ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima sembah taklimat mengenainya di Istana Negara, di sini hari ini.

Taklimat berkenaan dipersembahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron pada sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda.

2907 NSL AGONG TAKLIMAT RMK13 2Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron (dua Kanan) - Foto Istana Negara

Sesi mengadap itu turut dikongsikan dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Baginda.

Pembentangan RMK13 menjadi tumpuan utama pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkannya pada pukul 12.30 tengah hari, Khamis ini.

RMK13 akan menjadi pelan hala tuju negara menuju pembangunan mampan dan menyeluruh demi kesejahteraan rakyat.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK