(Foto hiasan)
SHAH ALAM, 08 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Pelancaran Program Kita-Untuk-Kita (K2K) di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat, Kampung Baru HICOM.
Program K2K bertujuan memangkin sokongan terhadap komuniti perumahan awam dan pengurusan bangunan bagi menangani cabaran sosial, ekonomi dan fizikal melalui empat strategi, iaitu pemerkasaan komuniti, pengurusan bersama komuniti, menambahbaik penjanaan pendapatan dan reformasi polisi.
Seramai 30,000 penduduk di 10 buah PPR bakal menerima manfaat di bawah program K2K.
Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
(Perdana Menteri hadir ke Majlis Pelancaran Program K2K
di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat, Kampung Baru HICOM)