fb fb fb fb fb

PM doakan Indonesia kembali pulih

Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ketika menghadiri lawatan rasmi di China, baru-baru ini.

Datuk Seri Anwar berkata, beliau dimaklumkan oleh Prabowo bahawa keadaan di Indonesia semakin bertambah baik dan berharap agar segala urusan di negara itu berjalan lancar.

“Kita doakan yang terbaik bukan sahaja untuk Indonesia sebagai negara sahabat dan anggota ASEAN, malah sebagai keluarga serumpun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar turut menyentuh perkembangan politik di Thailand dan menyatakan harapan agar proses pembentukan kerajaan baharu di negara tersebut dapat dipercepatkan.

“Sebaik sahaja semuanya teratur, saya akan segera menghubungi mereka,” tambahnya lagi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM