fb fb fb fb fb

Lima maut dalam nahas lori treler dan kereta di Tuaran

Foto JBPM Sabah

TUARAN, 5 September- Lima lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori treler dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Sulaman Gayang, hadapan Pusat Latihan Rela Tuaran kira-kira pukul 2.09 petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kenderaan yang dinaiki lima mangsa bertembung dengan lori treler sebelum terbabas ke bahu jalan.

Mangsa terdiri daripada empat lelaki berusia 20 tahun dan seorang lelaki dewasa.

Semua mangsa tersepit dan dikeluarkan pasukan bomba menggunakan peralatan khas penyelamatan.

Kesemua lima mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi ditamatkan pada pukul 3.20 petang selepas keadaan di lokasi disahkan selamat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM