fb fb fb fb fb

PM diberi sambutan rasmi di Istana Malacanang

(Perdana Menteri dan Presiden Filipina ketika mengadakan
pertemuan di Istana Malacanang/BERNAMA)

MANILA, 1 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba ke Istana Malacanang sekitar pukul 4.00 petang.

Ketibaan beliau bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, disambut oleh Presiden Filipina, Ferdinand Bongbong Marcus Jr bersama isterinya, Marie Louise Araneta Marcos.

Selepas lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Filipina, Lupang Hinirang  dimainkan,  beliau bersama Presiden Filipina, Bongbong Marcus Jr memeriksa barisan kawalan kehormat Filipina yang dikenali sebagai Troop Commands of Philipines Armed Forces, AFP.

Pada masa sama, 19 das tembakan meriam turut dijalankan sebagai tanda hormat.

Seterusnya, barisan kabinet Kerajaan Filipina diperkenalkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia turut diperkenalkan kepada Marcus Jr.

Selesai sambutan di perkarangan Istana Malacanang, kedua-dua pemimpin berjalan masuk ke istana bagi pertemuan empat mata.

Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ewon Benedick dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.


(Perdana Menteri menandatangani buku tetamu sambil disaksikan Presiden Filipina Ferdinand R Marcos Jr di Istana Malacanang/BERNAMA)

Media Baharu