SUBANG, 30 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas ke Gyeongju, Korea Selatan bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM).
Datuk Seri Anwar dalam kenyataan di Facebooknya memaklumkan bahawa Misi Diplomasi MADANI itu akan diteruskan bagi memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi serantau, memperluas perdagangan yang adil serta memperkasa agenda kemampanan dan kesejahteraan sejagat.
"Sidang ini menjadi medan penting untuk memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi serantau, memperluas perdagangan yang adil, serta memperkasa agenda kemampanan dan kesejahteraan sejagat," kata kenyataan itu.
Beliau turut memohon doa dan sokongan rakyat Malaysia agar segala urusan serta perjalanan delegasi negara ke persidangan berprestij itu dipermudahkan.
"Mohon doa dan dukungan agar perjalanan serta urusan delegasi Malaysia dipermudah, Insya-Allah," tambahnya.