fb fb fb fb fb

PM berjaya tarik minat pelabur Filipina dalam pelbagai bidang

MANILA, 2 Mac-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memberi keyakinan kepada pelabur Filipina dengan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.

Justeru Perdana Menteri mahu menteri dan agensi terlibat melakukan tindakan susulan.

"Pertemuan dengan beberapa pelabur utama dan pengusaha besar Filipina yang menunjukkan minat melabur dalam bidang keselamatan makanan,kewangan dan industri lain termasuk bateri. Saya juga mahu Menteri dan agensi yang berkaitan segerakan langkah pertemuan supaya kita dapat laksanakan program-program ini" ujarnya kepada media selepas beramah mesra dengan Diaspora Malaysia di Rumah Malaysia, Manila.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Wilayah Autonomi Bangsamoro, Murad Ebrahim.

Pertemuan secara tertutup tersebut adalah untuk membantu Bangsamoro dan mewujudkan keamanan di Selatan Filipina termasuk bekas-bekas pejuang MILF
dan MNLF.

"Ia bukan bantuan dari segi kewangan terutamanya proses itu melibatkan tentera, supaya kegiatan mereka itu dapat dipastikan wajar di kawasan-kawasan bersih.Bagaimana kita boleh pindahkan pejuang-pejuang itu supaya dimasukkan dalam ruang pentadbiran dalam keadaan aman", kata Anwar.

Beliau turut menjemput Murad Ebrahim ke Malaysia bagi membincangkan lebih dalam dari aspek pembangunan Bangsamoro.

Datuk Seri Anwar menjelaskan kepada media selepas beramah mesra dengan Diaspora Malaysia di Rumah Malaysia, Manila.

( Ketua Menteri WilayahAutonomi Bangsamoro, Murad Ebrahim)

Media Baharu