KUALA LUMPUR, 24 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kos perubatan dan barangan harian kepada otai reformis, Kamarul Hatta yang berdepan dengan masalah kesihatan.
Sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi di Kampung Galing Besar, semalam.
Menurut Perdana Menteri menerusi catatan di facebook, beliau sentiasa mengingati pengorbanan Kamarul sebagai pendukung utama perjuangan reformasi pada saat sukar atau senang.
Beliau turut mendoakan agar Kamarul dikurnikan afiyah dan sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga.