fb fb fb fb fb

APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat

FOTO Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), perlu bergerak ke hadapan dalam meningkatkan ketahanan nasional, demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seruan itu selaras dengan tema Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-72 hari ini, iaitu "Kesepaduan Teras Perkhidmatan Pertahanan Awam".

Menerusi catatan di Facebook, beliau mengakui sepanjang tujuh dekad ini, APM, telah berkhidmat dengan cemerlang dan penuh dedikasi sebagai barisan hadapan dalam pengurusan bencana dan khidmat kemanusiaan.

"Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Ulangtahun Pertahanan Awam yang ke-72.

"Sebagai Menteri yang menjadi peneraju kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM), melihat kemajuan organisasi ini adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Katanya, APM bukanlah sesuatu yang baharu buatnya dan telah memimpinnya sejak tahun 2015. Beliau turut melihat potensi yang besar untuk ditelusuri oleh sebuah agensi yang amat penting dan semakin dekat di hati masyarakat.

"Teruskan berkhidmat, teruskan memberi bakti kepada rakyat Malaysia. Tenaga yang dicurahkan, kami zahirkan rasa terima kasih buat semua warga APM atas segala pengorbanan dan komitmen yang diberikan", katanya.

NAZIRATUL BALQIS BINTI AHMAD HAMIDI