fb fb fb fb fb

PM beri penghormatan terakhir kepada Hong Piow

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Pengasas Public Bank Bhd, mendiang Tan Sri Teh Hong Piow di Pusat Peringatan Nirwana 2, di sini hari ini.

Ketibaan beliau pada pukul 4.40 petang disambut Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek dan Pengasas Kumpulan Nirvana Asia, Tan Sri Kong Hon Kong.

Anwar kemudiannya menandatangani buku takziah untuk mendiang Hong Piow.

Dalam tulisannya, Perdana Menteri mengucapkan takziah dan menyifatkan mendiang sebagai seorang yang berpandangan jauh dan tidak pernah mengenal erti lelah dalam bidang yang diceburi.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memberikan penghormatan terakhir kepada
Pengasas Public Bank Bhd, mendiang Tan Sri Teh Hong Piow di Pusat Peringatan Nirwana 2)

Beliau seterusnya meluangkan masa selama 10 minit untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah dan ahli keluarga mendiang.

Hong Piow, 92, meninggal dunia pada pukul 10.20 pagi, Isnin lalu.

Mendiang yang berpengalaman 72 tahun dalam industri perbankan dan kewangan mengasaskan Public Bank ketika berumur 35 tahun.

Media Baharu