KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Sebanyak 1,980 permohonan berhubung kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara telah diluluskan sepanjang tahun 2024 sehingga kini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setiap permohonan yang diterima, akan disemak dan diproses bawah Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan.
"Permohonan tahun 2024 ke 2025 setakat ini tak ada lagi yang tak lulus, kecuali purata permohonan baru. Sekarang masuk kira-kira 100 sebulan.
"Jadi kemasukan ini kita belum proses mengikut pindaan yang kita luluskan, kerana 2024 hingga 2025 yang kita proses adalah 1,980 mengikut Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Miri, Chew Choon Man berkenaan garis panduan terkini bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang dilahirkan di luar negara di sini.
Pemohon boleh mengemukakan permohonan di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara atau Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara.