fb fb fb fb fb

500 Rela ditempatkan di sempadan negara, bantu PGA menjaga keselamatan

PUTRAJAYA, 15 Disember- Lebih 500 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan ditempatkan bagi membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) menjaga keselamatan di lima sempadan negara bermula tahun depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia melibatkan pintu masuk di Sabah, Sarawak, Selangor, Kelantan dan Perlis.

"Perancangan masa hadapan Rela mahu diberikan tugasan yang jauh lebih kompleks, berat dan besar, itu tekad dan kesungguhan mereka.

"Pada masa sama, Rela dari segi tugas hakiki...kesukarelawanan dan peranan membantu agensi keselamatan yang lain itu tetap terjaga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi di ibu pejabat Rela, di sini hari ini.

(Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

Jelas Saifuddin Nasution projek penempatan itu kini di peringkat rintis melibatkan 90 anggota Rela sejak November 2020.

Sementara itu, 188,303 pegawai dan anggota Rela diaturgerakkan sejak 15 Oktober lalu hingga kini bagi penugasan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan rondaan di kawasan terkesan banjir di empat negeri.

Media Baharu