fb fb fb fb fb

Hala tuju KDN: Perubahan polisi berasaskan data dianalisis

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Sebarang cadangan perubahan polisi perlu berasaskan data yang dianalisis secara teliti.

Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dengan itu, sebarang keputusan yang diambil adalah adil kepada semua pihak.

"Kebanyakan aktiviti bawah kementerian ini khususnya jabatan-jabatan melibatkan barisan hadapan yang berurusan dengan masyarakat, semuanya melibatkan data.

"Hal ini cuma kita perlu melakukan satu pemeriksaan dan analisis sebelum kita mengangkat menjadi syor penambahbaikan. Ini saya yakin saya boleh mulakan dalam tempoh 100 hari," kata Saifuddin Nasution kepada media di sini.

Dalam pada itu, pihaknya sedia mendekati dan mendengar pandangan Badan Bukan Kerajaan (NGO), masyarakat sivil dan mana-mana individu yang sinonim memperjuangkan pelbagai isu berkaitan.

(Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata sebarang cadangan perubahan polisi perlu berasaskan
data yang dianalisis secara teliti)

Media Baharu