fb fb fb fb fb

MAINJ peruntukkan RM55 juta ganjaran saraan bulanan kepada 17,000 asnaf

JOHOR BAHRU, 15 Disember- Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM55 juta sebagai ganjaran saraan bulanan yang mula dikreditkan ke 17,000 akaun asnaf negeri itu, sebelum penghujung bulan ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ganjaran itu diberikan berikutan MAINJ menerima kutipan zakat RM345 juta tahun ini, lebihan RM15 juta berbanding tahun lalu.

Bayaran akan dibuat mengikut kadar yang diterima asnaf setiap bulan.

Tiada permohonan yang perlu dibuat asnaf kerana pembayarannya akan diauto kredit ke akaun penerima.

"Zakat ini kena dibelanjakan pada tahun semasa. Kita tak boleh bawa duit ini ke tahun depan jadi kena habiskan tahun ini.

"Ini adalah kaedah kita bagaimana bayaran zakat kutipannya meningkat kita menyalurkan sebahagian daripadanya untuk saraan bulanan bagi bulan ketiga. Anggaplah macam ada bonus di situ," kata Mohd Fared selepas menghadiri perhimpunan bulanan MAINJ di Pusat Islam Johor di sini.

(Mohd Fared berkata MAINJ peruntukkan RM55 juta ganjaran saraan bulanan kepada 17,000 asnaf)

Media Baharu