fb fb fb fb fb

PGA Sarawak tahan 14 lelaki, nilai rampasan cecah RM3.6 juta

Barangan rampasan dalam siri operasi Op Taring di Sarawak

KUCHING, 4 Ogos - Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak menahan 14 lelaki termasuk seorang warga asing serta merampas 15 jenis kenderaan dengan nilai rampasan RM3.6 juta.

Kesemua individu berumur 24 hingga 67 tahun itu ditahan menerusi 10 siri operasi Op Taring di beberapa lokasi di Sarawak antara 21 Julai hingga 1 Ogos lepas.

Komander Briged Sarawak PGA, SAC Dr Che Ghazali Che Awang berkata, barangan dirampas melibatkan rokok pelbagai jenis dan jenama, minuman keras, bawang ‘Bombay’ dan bawang putih, gula serta minyak diesel.

Turut dirampas, produk makanan sejuk beku, beras, minyak masak, dadah jenis serbuk dan pil ekstasi serta syabu.

Sejak Januari tahun ini, PGA Sarawak melakukan rampasan mencecah RM301.8 juta menerusi Op Taring.

Hampir 400 individu ditangkap selain menyita 225 kenderaan dalam tempoh tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI