fb fb fb fb fb

PM beri jaminan pastikan hak Sabah, Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 terpelihara

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaksikan Timbalan Premier Sarawak,
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menandatangani Buku Watikah Pengisytiharan pada
sambutan Hari Malaysia 2022 / Foto BERNAMA) 

MELAKA, 17 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terpelihara.

Beliau berkata Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan MA63, yang diluluskan pada 14 Disember tahun lalu adalah bukti kerajaan serius mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Usaha itu jelasnya, selaras dengan agenda transformasi kerajaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, termasuk pelabur asing terhadap kemampuan kerajaan, demi memastikan kestabilan politik dan dasar negara ke arah pembangunan sosioekonomi mampan.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaksikan Timbalan Ketua Menteri Sabah II,
Datuk Seri Jeffrey Kitingan menandatangani Buku Watikah Pengisytiharan pada sambutan Hari
Malaysia 
2022 / Foto BERNAMA) 

"Saya sebagai Pengerusi Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 akan memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak seperti mana yang terkandung dalam Perjanjian MA63 adalah terpelihara. Majlis Khas ini bukan sahaja berperanan merungkai beberapa isu yang tertangguh berhubung hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak tetapi juga memberi penekanan kepada usaha untuk membangunkan dan memajukan kedua-dua negeri ini" kata beliau ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, di sini malam tadi.

Malah jelas beliau komitmen kerajaan ini terbukti dengan peruntukan sebanyak RM5.6 bilion untuk Sabah dan RM4 bilion untuk Sarawak pada tahun ini bagi melaksanakan projek pembangunan seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya selain kemudahan pendidikan dan kesihatan.

Media Baharu