fb fb fb fb fb

PM Anwar menghadap Sultan Brunei, bincang kemajuan kerjasama dua negara

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah hari ini.

Perdana Menteri memaklum perkara tersebut menerusi laman rasmi Facebook beliau.

Katanya beliau dan Paduka Seri Baginda Sultan berpeluang menilai kemajuan kerjasama yang sedang giat berlangsung antara Malaysia dan Brunei Darussalam selain membincangkan beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama.

"Kami juga membincangkan persediaan untuk Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 yang akan diadakan pada bulan depan di Bandar Seri Begawan.

"Mendoakan semoga hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh demi manfaat bersama, Insya-Allah,"katanya dalam hantaran tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE