fb fb fb fb fb

PM Anwar duduki tangga ke-11 pemimpin, ahli politik Islam berpengaruh dunia

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia.

Bagi kategori penghargaan terhormat; beliau menduduki tangga ke-11; melonjak berbanding tangga ke-22 pada 2022.

Ini berdasarkan edisi terbaharu The Muslim 500: The world’s 500 most influential Muslim 2024.

Bagi kategori sama, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud menduduki tangga pertama.

Datuk Seri Anwar berada di belakang Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menduduki tempat kesembilan dalam senarai tersebut.

Individu dipilih berdasarkan pelbagai bidang termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik serta melakukan perubahan yang memberi impak kepada dunia Islam atau penganutnya.

Sementara itu, Ahli Cendekiawan Islam, Syed Muhammad Naquib Al-Attas dinobat sebagai 'Man of The Year'.

Beliau turut berjaya menduduki tempat ke-25 bagi kategori Ulama dan Pendakwah.


(Syed Muhammad Naquib Al-Attas)

Media Baharu