MOSCOW, 15 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyampaikan syarahan umum di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO).
Datuk Seri Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk "Bridging Worlds in a Fractured Age" dan diikuti dengan sesi soal jawab.
Beliau dijangka tiba kira-kira pukul 9.15 pagi waktu tempatan dan akan disambut oleh Rektor MGIMO, Prof. Anatoly Torkunov.
Perdana Menteri juga dijadual melihat gambar arkib dan dokumen yang disediakan khusus bagi sejarah hubungan Malaysia-Rusia.
Pertemuan santai juga akan diadakan bersama rektor institusi tersebut.
Selepas itu, Perdana Menteri dijadual ke Kazan bagi menghadiri Kazan Forum sehingga 16 Mei.