fb fb fb fb fb

PGA tahan 11 PATI kerja di lombong bijih besi

Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas melakukan serbuan di kawasan perlombongan bijih besi di Kampung Pahi, tengahari semalam./FB PGA

KUALA KRAI, 15 Mei- Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas melakukan serbuan di kawasan perlombongan bijih besi di Kampung Pahi, tengah hari semalam.

Tangkapan dilakukan Batalion 8 pada pukul 1.30 tengah hari menerusi Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata ketika serbuan dilakukan, tujuh lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki warga Nepal dan seorang lelaki warga Indonesia sedang bekerja di lombong berkenaan.

Katanya, seorang daripadanya tiada permit kerja, manakala empat lagi sudah tamat tempoh permit kerja dan selebihnya gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri masuk ke Malaysia secara sah.

"Semua suspek ditahan mengikut Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan media hari ini.

MOHAN CHINNASAMY