fb fb fb fb fb

PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis ini



KUALA LUMPUR, 4 Januari - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang bermula Khamis ini hingga 19 Januari.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

Beliau juga berkata tiada pelanjutan atau penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara hari ini.

Media Baharu