fb fb fb fb fb

58 lagi kes Omicron - Khairy Jamaluddin

 



KUALA LUMPUR, 4 Januari - 58 lagi kes positif covid-19 disahkan varian Omicron, menjadikan jumlah kumulatif kes varian itu di Malaysia adalah sebanyak 122 kes.

Menurut Kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, daripada 58 kes itu sebanyak 54 kes merupakan jangkitan import dari luar negara manakala empat kes lagi merupakan penularan tempatan.

Kes import tersebut melibatkan 39 kes dari Arab Saudi, tujuh dari Emiriah Arab Bersatu, empat kes dari United Kingdom, dua kes dari Nigeria dan masing-masing satu kes dari Kazakhstan dan Perancis.

Manakala, empat kes varian Omicron penularan tempatan dilaporkan di Negeri Kedah, semalam.

Keempat-empat kes merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 varian Omicron yang balik dari mengerjakan umrah di Arab Saudi pada 12 Disember lalu dan disahkan positif varian tersebut pada 24 Disember lalu

KKM juga memaklumkan bahawa sampel 1,220 daripada 1,774 kes positif covid-19 dalam kalangan pengembara yang tiba di Malaysia bagi tempoh 1 hingga 31 Disember 2021 menunjukkan berkemungkinan varian Omicron.

1,774 kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara yang tiba di Malaysia bagi tempoh 1 hingga 31 Disember 2021 mendapati 1,220 (68.8%) sampel menunjukkan
berkemungkinan (presumptive) varian Omicron.

"Daripada 1,220 berkemungkinan varian Omicron itu, 928 melibatkan sampel pengembara yang tiba dari Arab Saudi", jelas Khairy menerusi kenyataan tersebut.

Media Baharu